Saturday, January 16, 2016

TANDA-TANDA ORANG MATI DALAM KHUSNUL KHATIMAH



Semua mahluk yang bernyawa pada akhirnya pasti akan mengalami kematian. Yang bernyawa pasti akan kembali lagi pada Allah SWT. Tuhan yang pertama kali menciptakan kita. Di akhir kematian nanti hanya ada dua macam cara untuk kembali, iaitu meninggal secara khusnul khatimah (akhir yang baik) atau su'ul khatimah (akhir yang buruk).


Semuanya itu tergantung kita sewaktu nyawa kita diambil nanti apakah kita sedang berbuat kebaikan atau kejahatan. Jika kita memilih untuk meninggal secara khusnul khotimah, ertinya kita harus mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk mendapatkannya.


Semoga kita termasuk ke dalam orang-orang yang mati dengan cara khusnul khatimah, iaitu wafat dengan cara yang baik di jalan yang Allah redhai. Namun apakah tanda orang yang meninggal secara khusnul khatimah? Berikut ini adalah berbagai ciri-ciri meninggal dalam keadaan Khusnul Khotimah:

1. Meninggal dengan mengucapkan syahadat (HR. Abu Daud).

2. Meninggal dalam keadaan sedang berkeringat (HR. Tirmidzi).

3. Meninggal pada waktu siang / malam jumat (HR. Tirmidzi).

4. Meninggal dalam keadaan mati syahid / terbunuh di medan perang di jalan Allah SWT (QS. 3: 169-171).

5. Mati di jalan Allah SWT (HR. Muslim).

6. Meninggal kerana penyakit radang selaput dada (HR. Ahmad).

7. Meninggal kerana penyakit tha’un (HR. Bukhari).

8. Meninggal kerana sakit perut (HR. Muslim).

9. Meninggal kerana tenggelam.

10. Meninggal kerana tertimpa runtuhan (HR. Bukhari dan Muslim).

11. Meninggal kerana kehamilan disebabkan anak yang sedang dikandungnya (HR. Ahmad).

12. Meninggal kerana membela agama/nyawa (HR. Bukhari).

13. Meninggal kerana membela harta (HR. Abu Daud).

14. Meninggal kerana dijangkiti penyakit TBC (HR. Ath Thabrani).

15. Meninggal kerana sedang berjaga di jalan Allah SWT.

16. Meninggal tatkala sedang beramal soleh (HR. Ahmad).

17. Meninggal kerana terbakar api (HR. Ahmad).

No comments:

Post a Comment