Semua orang berhutang...Percaya? Tiada apa yang perlu dimalukan...Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul...Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan berhutang mengikuti apa kata orang mahu.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang hutang berpanjangan.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad SAW ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”
Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Duit tidak datang dengan sendirinya selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi SAW ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari beban hutang.
1. Hilangkan Perasaan Susah Dan Sedih
Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini...Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini besar, ada di mana mana hutangnya...Iyalah, hutang sudah mengelilingi pinggang...Justeru itu , kita akan akui bahawa kita ada hutang.
Ya, kita akui. Bukan berada dalam penafian...Jangan hindari tapi hadapi situasi tersebut...Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesalahan masalah kewangan kita dan tentunya hidup mesti diteruskan.

2. Menjadi Berani Dan Banyak Bersedekah
Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani...Jika perusahaan tempat anda bekerja memberikan gaji yang tak cukup untuk kebutuhan anda, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain...Atau bila bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan berani memulakan bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual...Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah SWT telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyaklah beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya...Ya, jangan jadi bakhil...Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.

3. Tanam Sifat Rajin
Setelah berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin...Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin. ..Harus rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan...Tiada alasan, itu harus diikhtiarkan.
Give First, Earn Later
4. Bayar Hutang Dengan Sistematik
Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang ada hutang dan membuat jadual penstrukturan hutang yang sesuai...Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain yang datang menuntut hutang dengan pelbagai cara dan tekanan...Ya, hadapi mereka dengan berbincang secara baik...Pasti akan ada jalan keluarnya.
Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang
Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan...Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan membantu dengan caraNya yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakallah bersama dengan usaha.

No comments:
Post a Comment