Saturday, January 16, 2016

6 PETUA ANDA HARUS TAHU UNTUK KEMPISKAN PERUT BUNCIT SECARA TRADISIONAL



1] Asam Jawa


Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar.

2] Limau Nipis, Kapur Sirih
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

3] Daun Lidah Buaya, Asam Jawa

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

4] Teh Hijau, Serbuk Kayu Manis, Madu Lebah

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.

5] Teh Cina, Limau Nipis

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

6] Limau Nipis, Air

Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Cara penyediaan: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

1 comment:

  1. How to play slot machines in Vegas, Nevada | DrMCD
    In the Las Vegas Strip, it's easy to spot the 전라남도 출장샵 “Biggest 안동 출장샵 Slot” at the 문경 출장마사지 top, with every spin and free spins 전라북도 출장샵 awarded to those who 경산 출장마사지

    ReplyDelete