Wednesday, January 20, 2016

5 PUNCA SUSAH TIDUR MALAM




Malam sudah menjelma. Sudah tiba masanya untuk berehat. Tetapi bila sahaja malam menjelma, ramai manusia susah tidur terutamanya pengguna-pengguna internet. Otak mereka sentiasa berfikir. Mencari, tercari-cari. Namun, semua usaha itu adalah sia-sia sahaja sekiranya susah tidur dengan lena.

Bila susah tidur lena ketika malam maka mudahlah di pagi hari kita mengantuk dan kurang produktiviti lalu apabila di tempat kerja kita tidak dapat bekerja dengan hebat. Perkara ini sudah lama berlarutan, cuma buat tak tahu je. Tetapi lama kelamaan masalah ini sudah jadi konsisten.

Lebih teruk lagi, ponteng kerja juga berterusan. Itu yang tidak dapat diterima. Sungguh dahsyat sebenarnya bila kita susah tidur malam. Jadi, kita harus ambil tahu apakah punca-punca yang menyebabkan kita susah tidur malam.

Jadi, saya telah kumpulkan 5 punca yang paling utama. Antaranya :

1. Kurang Letih

Kalau dah letih itu, duduk atas kerusi kayu pun boleh tidur. Tetapi masalahnya sekarang kita tidak letih. Tidak letih badan mahupun minda. Selalu saja keluar persoalan-persoalan yang bermain di minda. Lalu menyebabkan susah tidur malam. Tambahan pula, kita bukan sekadar perlu letih tubuh badan malah otak juga perlu letih untuk mudah tidur.

Selain itu, kedua-dua itu harus digabung barulah terasa nikmatnya. Kalau salah satu tidak ada, maka berjagalah jawabnya. 


2. Kurang Selesa

Pergi ke tempat tidur. Bau semacam. Rupa-rupanya ada tahi kucing. Bengang, marah. Memang tidak boleh tidur. Itu kalau bau, ini pula kalau bilik kotor dengan makanan segera yang tidak dicuci. Tempat tidur bersepah, banyak habuk. Bagaimana nak tidur dengan lena dan selesa?

3. Kurang Makan

Krok, krok. Perut berbunyi. Minda sudah terbayang-bayang makanan yang enak belaka. Mata tidak pejam, terus berangan seorang diri. Faktor kurang makan juga harus diambil berat sekiranya kita mahu tidur yang lena.

Selalunya, lepas makan. Menonton filem dahulu lah. Filem 90 minit. Itu tidak dicampur lagi dengan iklan-iklan yang merunsingkan. 


4. Kurang Tenang

Kerja tidak siap lagi. Esok nak kena hantar. Macam mana ini? Runsing, selalu memikirkan kerja yang tidak siap lagi. Bagaimana mahu dapatkan tidur yang hebat? Perkara yang sering terjadi pada diri sendiri. Memang masa malam-malam sahaja rajin nak buat kerja. Bila petang tidak mahu pula.

Bukan apa, bila malam tenang, tidak ada banyak gangguan. Tetapi kalau perkara ini berlarutan memang menjadi masalah yang kronik.


5. Kurang Bersosial

Daripada pagi sampai ke esok pagi. Tidak keluar rumah. Hanya duduk dalam rumah goyang kaki. Tidak keluar rumah. Lagi teruk, tidak keluar bilik. Faktor bersosial juga penting bagi saya. 


Lagi kurang kita bersosial, lagi kurang lena kita tidur.

#AbeGele

No comments:

Post a Comment