Tuesday, January 19, 2016

5 PETUA HILANGKAN BATUK DENGAN CEPAT


1. Petua Hilangkan Batuk Pertama

Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu. Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam. Selamat mencuba.

2. Petua Hilangkan Batuk Kedua

Bahan-bahannya ialah:-

1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci

Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum

3. Petua Hilangkan Batuk Ketiga

Bahan-bahannya ialah:-
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah

sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ketiga tu...tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi...al maklumlah terlebih rajin.

4. Petua Hilangkan Batuk Keempat

1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut-turut sebanyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang

Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah...madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga...Alhamdulillah, dah beransur baik.

Boleh cuba ye…

Air suam + limau nipis + madu + gula batu

5. Petua Hilangkan Batuk Kelima

1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam

Cara-caranya ialah:

Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit...Kemudian kupas kulit, basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu, ia tak pedas...ia rangup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula...hehehe (takde la sampai macam tu)

No comments:

Post a Comment